Nak Minta Gaji Naik Tapi Sentiasa Rasa Macam Serba Salah

Kerjaya10 August 2026⏱ Bacaan 1 minit

 

Ramai yang rasa mereka dah patut dinaikkan gaji, tapi ramai yang masih rasa takut untuk berbincang dengan majikan. Akhirnya mereka hanya menunggu sesuatu yang tidak pasti.

Bila keperluan semakin mendesak, dan anda rasa gaji anda patut dinaikkan maka tibalah masanya untuk berbincang secara profesional dengan pihak syarikat.

Berikut adalah cara-cara dan idea untuk anda meminta kenaikan gaji tanpa rasa serba salah.

  1. Kumpulkan bukti prestasi anda. Senaraikan pencapaian anda atau tanggungjawab tambahan yang telah diambil.
  2. Pilih masa yang sesuai. Setelah anda menyelesaikan projek atau mencapai sasaran serta syarikat berada dalam keadaan yang baik.
  3. Beri angka kenaikan gaji yang munasabah. Lakukan sedikit kajian tentang kadar gaji dalam industri anda, bukan hanya sekadar meneka.
  4. Bersedia dengan jawapan. Sedikit sebanyak cuba untuk menjawab soalan daripada pihak syarikat sebab dan kenapa anda perlu dinaikkan gaji tersebut.

Jangan takut untuk meminta apa yang anda rasa layak. Dengan persediaan di atas dan komunikasi yang profesional, peluang untuk berjaya akan menjadi lebih tinggi.

Selamat berjaya!

Artikel Sebelumnya
Kesihatan Mental Untuk Lelaki: Diam Bukan Bermakna Lemah
Artikel Seterusnya →
10 Jam Tangan Mampu Milik Yang Nampak Premium

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top