Kesihatan Mental Untuk Lelaki: Diam Bukan Bermakna Lemah

Kesihatan10 August 2026⏱ Bacaan 1 minit

Sejak dari kecil, kanak-kanak lelaki dibesarkan dengan ayat seperti “lelaki tak boleh menangis” atau “lelaki kena kuat”. Lama-kelamaan, ramai yang memilih untuk diam dan memendam perasaan daripada berkongsi tentang apa yang mereka alami.

Tekanan daripada tempat kerja, masalah kewangan, tanggungjawab terhadap keluarga serta cabaran hidup memberi impak dan kesan kepada kesihatan mental lelaki. Namun ramai lelaki yang menganggap bahawa meminta bantuan dikira lemah.

Apa Yang Anda Sebagai Seorang Lelaki Boleh Lakukan Untuk Menghadapi Masalah Tersebut

  1. Bercakap dengan seseorang. Jangan malu untuk luahkan apa yang anda rasa kepada pasangan, ahli keluarga atau rakan yang dipercayai.
  2. Kekal aktif. Bersenam, berjalan atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh juga boleh membantu mengurangkan tekanan.
  3. Jaga rutin harian. Tidur yang cukup, makanan seimbang yang sihat dan berehat secukupnya memberi kesan yang besar kepada emosi.
  4. Dapatkan bantuan daripada pakar jika perlu. Tiada salahnya mendapatkan sokongan daripada kaunselor atau pakar jika tekanan mula mengganggu kehidupan seharian.

Pendapat Nadi Lelaki

Lelaki yang kuat bukanlah lelaki yang memendam perasaan jika ada masalah. Lelaki yang kuat ialah mereka yang berani mengakui jika mereka sedang bergelut dan mengambil langkah untuk mendapatkan bantuan.

Artikel Sebelumnya
Pelaburan (Stock Market): Mulakan Dengan Ilmu, Bukan Ikut Trend
Artikel Seterusnya →
Nak Minta Gaji Naik Tapi Sentiasa Rasa Macam Serba Salah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top