Pelaburan (Stock Market): Mulakan Dengan Ilmu, Bukan Ikut Trend

Kewangan10 August 2026⏱ Bacaan 2 minit

Ramai orang yang ingin mencuba untuk melabur, tapi risau rugi dan tidak tahu di mana hendak bermula. Akhirnya, duit hanya disimpan dimakan inflasi tahun demi tahun tanpa berkembang.

Pelaburan bukanlah cara untuk cepat kaya, ianya ‘long game’ ataupun mengembangkan wang dalam jangka masa panjang. Sebab itu, ilmu dan kesabaran sangat penting.

Asas Pelaburan Yang Anda Perlu Tahu

Fahami matlamat anda untuk melabur. Tentukan sama ada anda melabur untuk membeli rumah, dana persaraan atau membina kekayaan jangka masa panjang.

Belajar sebelum melabur. Jangan melabur hanya ikut trend di media sosial atau hanya ikut kawan. Fahami dulu bagaimana sesuatu pelaburan berfungsi.

Mula dengan jumlah kecil. Untuk melabur anda tidak perlu menunggu sehingga mempunyai wang yang banyak.

Pelbagaikan tempat untuk anda melabur. Untuk mengelakkan risiko kerugian dalam sekaligus.

Pelaburan untuk jangka masa panjang. Pasaran akan naik dan turun. Elakkan membuat keputusan berdasarkan emosi.

Instrumen Pelaburan Popular Di Malaysia

Berikut ialah instrumen pelaburan yang popular di Malaysia, dari risiko rendah kepada risiko yang lebih tinggi.

Instrumen Ciri-Ciri
Simpanan Tetap (Fixed Deposit) Pulangan rendah tetapi stabil. Sesuai untuk dana kecemasan atau pelabur yang tidak mahu mengambil risiko.
ASNB (ASB, ASM & Dana ASNB) Sesuai untuk pelabur yang mahukan pulangan jangka masa panjang.
KWSP (EPF) Simpanan persaraan yang turut melaburkan dana ahli dalam pelbagai aset.
Unit Amanah (Unit Trust) Dana diuruskan oleh pengurus dana profesional dan boleh melabur dalam saham, bon serta instrumen pasaran wang.
ETF (Exchange Traded Fund) Dana yang didagangkan di bursa saham. Kos lebih rendah berbanding unit amanah dan sesuai untuk pelaburan jangka panjang.
Saham Bursa Malaysia Berpotensi memberi pulangan lebih tinggi, tetapi harga saham boleh turun naik dengan lebih ketara. Memerlukan ilmu dan disiplin.
REIT Membolehkan anda melabur dalam hartanah komersil. Pendapatan diagihkan dalam bentuk dividen.
Bon Pendapatan tetap dan risiko yang lebih rendah berbanding saham.
Emas Sering digunakan sebagai aset perlindungan ketika ekonomi tidak menentu. Harga naik dan turun.
Mata Wang Kripto Potensi pulangan yang tinggi tapi risikonya juga tinggi. Sesuai untuk pelabur yang memahami risikonya.

Pendapat Nadi Lelaki

Ramai orang lebih banyak menghabiskan masa untuk mencari ‘pelaburan terbaik’ daripada bermula sesuatu pelaburan. Hakikatnya, melabur secara konsisten dengan ilmu yang betul selalunya memberi hasil yang lebih baik.

Tiada pelaburan yang tiada risiko. Namun, dengan ilmu, disiplin dan kesabaran, anda boleh membina masa depan kewangan yang kukuh.

Artikel Sebelumnya
Antara 10 Buku Yang Wajib Dibaca Oleh Lelaki Moden
Artikel Seterusnya →
Kesihatan Mental Untuk Lelaki: Diam Bukan Bermakna Lemah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top