
Kita sering menghabiskan masa di media sosial, tapi berapa banyak masa yang kita luangkan untuk membaca buku? Buku yang baik boleh mengubah cara kita berfikir, membuat keputusan yang rasional dan melihat kehidupan dari sudut yang berbeza.
Membaca bukan sahaja sekadar menambah ilmu. Ia juga membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi, membina disiplin dan memberi perspektif baru dalam kerjaya, kewangan serta kehidupan.
Antara 10 buku yang disarankan untuk dibaca dan wajib ada:
Atomic Habits — James Clear

Belajar membina tabiat kecil yang membawa kepada perubahan yang besar.
The Psychology of Money — Morgan Housel

Memahami bagaimana emosi mempengaruhi keputusan kewangan.
Rich Dad Poor Dad — Robert Kiyosaki

Asas pengurusan kewangan dan kepentingan membina aset.
Deep Work — Cal Newport

Cara meningkatkan fokus dalam dunia yang penuh gangguan.
Can’t Hurt Me — David Goggins

Kisah ketahanan mental dan disiplin diri.
The Habits of Highly Effective People — Stephen R. Covey

Prinsip membina kehidupan yang lebih produktif dan seimbang.
The Almanack of Naval Ravikant — Eric Jorgenson

Pandangan tentang kekayaan, kebahagiaan dan kehidupan.
Essentialism — Greg McKeown

Belajar memberi fokus kepada perkara yang benar-benar penting.
Think Again — Adam Grant

Mengajar kita berfikir semula dan sentiasa terbuka kepada idea baharu.
Man’s Search for Meaning — Viktor E. Frankl

Buku yang mengajar tentang harapan, tujuan hidup dan ketabahan.
Pendapat Nadi Lelaki
Seorang lelaki yang sentiasa belajar akan sentiasa berkembang. Anda tidak perlu membaca berpuluh-puluh buku setahun, cuma mulakan dengan satu buku dan amalkan ilmu atau teknik yang dapat dipelajari dari buku tersebut.
Pelaburan terbaik untuk diri sendiri ialah dengan ilmu.

